Pages

Sufi Proverb

Sufi Proverb

Wednesday, 29 May 2013

ALLOH MELIPUTI SEGALA SESUATU

Mereka berkata alam menjadi dalil wujud Alloh
aku pandang pada alam
Alloh tidak kelihatan
mana mungkin ada kekuatan alam
mempamer wujud Tuhan
bukankah Allah tidak memerlukan alam
Dia yang zahir dan Dia yang batin
Dia yang awal dan Dia yang akhir.
 
Aku pandang ke dalam hatiku
zat rahsiaku diterangi Rahasia Ilahi
kemudian akau pandang kepada alam
baharu aku melihat Cahaya-Nya meliputi alam
aku pandang lagi kepada alam
cahaya-Nya kembali terhijab dari pandangan
lalu aku pindahkan alam ke dalam hatiku
aku kembali melihat  Cahaya Ilahi meliputi alam.
 
Cahaya-Nya hanya boleh dipandang oleh zat rahasiaku
apabila aku menyatu dengan zat rahasiaku
tanpa takwil tanpa hujah tanpa terka
tanpa ulasan tanpa kupasan tanpa huraian
hanya yakin dan larut di dalam keyakinan
bahawa aku tidak terpisah daripada zat rahasiaku
baharu dapat aku saksikan Cahaya-Nya
tanpa rupa tanpa warna
hanya jelira di dalam yakin
sesungguhnya Cahaya Engkau yang aku pandang.
 
Apa jua yang nyata
bila aku halakan pandangan ke sana
daku tidak melihat wujud di situ
hinggalah akau halakan pandangan ke dalam hati
barulah aku melihat wujud menyertainya.

0 comments:

Post a Comment